Thursday, November 5, 2009

Cerita 'CinTa'

Rasa terpanggil untuk berkongsi sedikit cerita berkenaan 'cinta'.

Mungkin rasa ini hadir kerana berita yang dikongsi oleh seseorang berkenaan perkembangan 'persahabatan' nya - para ahli keluarga masing-masing akan mengadakan ta'aruf. Masalahnya, mereka berdua masih bersekolah....

Mungkin juga kerana terbaca blog A'lim. :) Zina hati..naauzubillah.

Tapi yang pasti, memang sudah lama 'suara-suara' ini terpendam di buah fikiran, di lubuk perasaan.

Minta izin berkongsi....

Tak perlulah memberi definisi 'cinta'. Cuma, 'perasaan' itu datang dari hati - satu cetusan halus yang mudah-mudahan adalah daripada sumber-sumber yang suci, ketukan ilham daripada Illahi.

Mungkinkah timbul cinta dahulu, atau persahabatan dahulu? :) Ada yang mengatakan, dari persahabatan timbul cinta, dari cinta timbul rindu. :)

Kepada yang merasakan 'cetusan-cetusan' ini, satu perkongsian saya ialah:

'Keep it simple...and pure.'

Perlukah persahabatan itu di pupuk menjadi yang lebih daripada persahabatan?

Persahabatan sejati tidak akan membawa kepada perasaan ingin memiliki, yang hanya akan membawa kepada perasaan 'cemburu'. Bila dah cemburu, fikiran pun bercelaru.

Mulalah timbul perkara-perkara 'pelik':



Mandi tak basah

Tidur tak lena

Makan tak lalu



Daripada mandi tak basah, kan bagus basahkan anggota dengan wudhuk?

Daripada tidur tak lena, kan bagus bangun dan bersolat tahajjud, istiharah dan hajat?

Daripada makan tak lalu, kan bagus berpuasa sunat Isnin dan Khamis?



Pokoknya, ke mana nak kita bawa hati yang dah mula merasakan ingin memiliki, lebih daripada bersahabat?

Ke mana nak dibawa hati yang sudah mula gundah-gulana mengingati si dia?



Bawalah hati itu ke sejadah.

Bawalah hati itu kepada Allah -

berdoalah untuk kebaikan orang yang telah mencetuskan perasaan itu.

Bersyukurlah kita dapat merasakan nikmat perasan halus sebegitu.

Cukuplah.

Kan masih menuntut ilmu?

Kan masih jauh perjalanan hidup ini?

Tak perlu untuk mengukir janji.

Ukir sahajalah senyuman semanis-manis dan selebar-lebarnya untuk dia - kan senyuman itu sedekah!

Tak perlu fikirkan mungkin dia akan di 'kebas' orang -





Jika memang itu jodoh kita, percayalah, dia akan jadi milik mu.

Jika tidak, setidaknya, anda dapat pahala kerana menjaga kesucian anda dan kesucian dirinya.

Jika memang itu jodoh kita, percayalah, hatinya dan hati kita akan didekatkan Allah.

Jika memang itu jodoh kita, dipisahkan beribu batupun, kita akan dapat bersama.



Saya berjumpa dengan suami ketika saya menduduki peperiksaan 'O' Level. Beliau adalah sepupu saya. Baru sekali berjumpa, 'cetusan-cetusan' itu ada... :)

Setelah mendapat keputusan 'O' Level, beliau adalah orang pertama yang saya ingin berkongsi keputusan saya - aneh, seorang yang jauh di Klang, Selangor, tapi ingatan saya selalu padanya....

Kita bertunang selama lima tahun - di uji Allah ketika sama-sama di universiti. Saya di sini, beliau jauh di Malaysia, kemudian beliau ke Amerika Syarikat.

Berjumpa hanya mungkin tiga kali sahaja.

Di dalam pertunangan ini, hanya suara dan tulisan yang menjadi teman...

Kalau dihimpun duit-duit sen untuk menelefon saya, mungkin setinggi Bukit Timah...

Kalau dihimpun surat-surat yang kita layangkan, mungkin setinggi Gunung Ledang.... :)



Alhamdulillah, pertunangan ke jinjang perkahwinan.



Realitinya, senang cakap daripada buat, betul kan? :)

Sebiji kata allahyarham P Ramlee ; "Siksa aku dah lepas..."

Alhamdulillah, saya dah melepasi 'siksa' cinta remaja...

Giliran anak-anak saya (you know which ones!) dan you people pula......... :)



Cubalah -

Keep it simple...and pure.

Tak rugi.

Dunia dan akhirat - :)

No comments:

Post a Comment